terima kasih

Sabtu, 25 Jun 2011

yogurt steam cake..

assalamualaikum...
beberapa hari nan lalu mak BT ade cakap,
dah lama BT tak buat kuih bolu kukos.
bolu kukos tu kebanyakannye guna ice cream soda.
sure la tahap gula die tinggi kan kan kan.
so agak nye mmg rezeki mak BT la kan, terjumpa la satu resepi yg rupe kuihnye sebijik bolu kukos.
jumpe plak kat blog kawan BT naz.
namanye yogurt steam cake.
tq naz utk resepi yg sgt enak itu.
terlepass la hajat mak nak makan bolu kukos yang agak selamat di makan.
dan BT jugak guna gula perang.
mak la kata, gula kurang ok sket dari gula biasa.
ape yg ok nye idak le BT tau.
nak tgk rupe yogurt steam cake ni ke?
jom jom tgk

ini la rupenye.
nak resepinye ke?
naz, kita copy paste je ye.
letih dah mengkuih sedari tadi.
hihihihi.


KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Resepi Asal Oleh : Rima
di meriahkan lagi oleh : BT, hehehehehe

Bahan-bahan :
  • 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsp pes coklat 
Cara-cara :
  • Panaskan kukusan.
  • Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
  • Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
  • Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.(pssstt, BT campur ngan pewarna merah je.)
  • Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.(pssttt BT guna sudu je. BT mmg elergik sket nak guna piping bag nih. hehehehehe)
  • Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi. 
  • Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
  • Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.
NOTA :
  • Pastikan meletakkan adunan ke dalam pengukus apabila air kukusan telah betul-betul menggelegak.
  • Kalau menggunakan cawan kertas yang bersaiz kecil, lebih mudah memasukkan adunan menggunakan piping bag. 
  • Warna dan perisa serta kombinasi warna kek ini boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing.
BT cadangkan, ramai ramai, jalan jalan ke blog naz.
ada banyak lg kuih kuih naz yang enak enak.
ok korang.
BT nak pegi berehat...
sebelum darah BT tunjuk perasaan lagi macaam haritu.
huhuhuhuhu.
kang die mengamuk kang terus die nyanyi lagu menuju puncak sape nak jawab tu???
huhuhuhuhu.

BT sayang korang.
wassalam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...