terima kasih

Selasa, 14 Jun 2011

kembali ke akar....

salam petang semua....
petang ini juga redup.
bonda baru pulang dari menjemput putera kedua bonda dari sekolah...
hari ini ada kegiatan ko ku...
sebelum tu menjemput puteri ketiga di taska...
walaupun badan masih suam suam kuku...
bonda gagahi juga...
kerana kekasih hati bonda yang sepanjang pagi menguruskan rumah dan anak anak lantaran bonda yang tidak sehat, terpaksa meninggalkan bonda...
hari ini jadual kerjanya bermula jam 3 petang...
bonda pasrah... demi rezeki buat anak anak...


2-3 hari ini bonda sibuk mengulit novel ini...
rindu pula rasanya dengan bahasa bahasa sastera yang telah lama bonda tinggalkan...
rasa sesal kerana mengabaikan matapelajaran sastera ketika di sekolah dulu....
entah kenapa.. seolah ada syaitan merantai mata dan hati bonda utk mendalami novel novel sastera ketika di sekolah dulu...
sedangkan sastera adalah jiwa bonda...
buku sastera terakhir yang bonda baca ialah sandera oleh shahnon ahmad..
ketika itu umur bonda masih terlalu muda...
sekitar 14 tahun....
lantaran jiwa remaja bergolak... bonda bertukar menjadi manusia yang bonda sendiri keliru siapakah diaa...


kini bonda cube kembali...

kembali ke akar bonda...
kembali kepada siapa bonda yang sebenar...
semoga Allah permudahkan perjalanan bonda dan kalian semua...
amin..

4 ulasan:

BONDA NOR berkata...

welcome back Bonda Tie.. ;-)

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Pat..

Wahhh..terharu..syahdu..terkedu...Naz dgn sedikit bahasa sastera you Pat.. Tahniah!!

ummuhanis berkata...

bonda nor, tq tq.

ummuhanis berkata...

naz,
cuba mengasahkan skill sastera. kata nak tulis novel. hihihihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...