terima kasih

Isnin, 20 Jun 2011

perginya seorang teman....

salam semua.....
sabtu lalu BT dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman ke rahmatullah akibat kemalangan ngeri.
beliau adalah seorang teman/adik yang baik...
sentiasa bercakap dgn lemah lembut dengan sesiapa saja...
jom kita baca petikan di bawah ni..



JASIN: “Ibu… Ibu… ibu… bangunlah ibu,” hanya itu terdaya dilakukan seorang kanak-kanak, Muhammad Faerid Mohd Hafizi, 8, untuk mengejutkan ibunya, Hazlinah Abu Samah, 34, yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 17, Jalan Bemban-Tehel, di sini, tengah hari kelmarin.
Walaupun menyedari kepala ibunya berlumuran darah, naluri sebagai seorang anak kuat menyatakan wanita yang melahirkannya itu hanya pengsan lalu terus memanggil serta menggerakkan badannya.

Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum memberikan bantuan kecemasan.
Muhammad Faerid, murid tahun dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Falah di Selandar, di sini, kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin sebelum sepasukan anggota bomba mengeluarkan ibunya yang tersepit.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan dia hanya mengetahui ibunya sudah tiada lima jam kemudian.

Muhammad Faerid berkata, ketika kejadian, dia dan ibunya dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar ke rumah datuknya di Alai, di sini, untuk mengambil abangnya, Muhamad Hafiz Hakimin, 9, yang demam campak. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri sebelum tiba-tiba berasa kenderaan bergegar seolah-olah melanggar sesuatu.
Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan dia hanya mendengar dentuman kuat sebelum melihat ibunya sudah tidak bergerak lagi walaupun cuba mengejutkannya beberapa kali.

“Saya dikeluarkan seorang lelaki sebelum dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana cedera di lengan kanan serta dahi kiri kerana terhentak papan pemuka kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Kematian ibunya hanya diketahui selepas datuknya, Abu Samah Musa, 60, dan nenek, Fatima Zainal, 57, membawanya melihat jenazah ibunya buat kali terakhir.


semoga roh arwah ditempatkan bersama dgn orang orang yang soleh.
alfatihah....


wassalam.

5 ulasan:

mama_aifan berkata...

Pat,aku tak kenal junior ni dr nama kot.Mungkin kalo tgk gambo baru aku kenal kot.Ada gambo dia ke Pat. Nak tgk. Sedih aku...

bonda_tie berkata...

ade. aku ade paste kat wall aku. cube ko try tgk.

JIJI YU berkata...

hurm..alfatihah.yg dah pergi tu kita iringi dgn doa ..

Sunah Sakura berkata...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...

bonda_tie berkata...

tq for visiting jiji & sunah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...